Sunday, October 21, 2012

Samoas Bars


Dessert ni rasanya agak lemak-lemak pahit sikit. 


1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan unsalted butter - pada suhu bilik
1 cawan sour cream - pada suhu bilik
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan brown sugar
3 cawan kelapa kering
1 st vanila
1/2 st garam
10 auns white chocolate - cincang

Untuk lapisan bawah :
1.  Gunakan loyang 6"x6".  Alaskan dengan baking paper.



2.  Satukan tepung, brown sugar, garam dan 1 cawan butter. Gunakan kaedah gaul dan ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.



3.  Masukkan adunan itu ke dalam loyang tadi dan ditekan-tekan supaya rata dan padat.  Kemudian dicucuk-cucukkan dengan garfu. Bakar sekejap dalam 10 minit.  Ketepikan.


Untuk topping :
1.  Masukkan gula pasir ke dalam periuk dan dimasak sehingga menjadi karamel. 



2.  Padamkan api dan masukkan 1/2 cawan butter.  Gaulkan hingga sebati.

3.  Lepas itu masukkan sour cream, esen vanila dan garam.  
Gaulkan lagi hingga sebati dan biarkan karamel suam-suam sedikit tapi tidaklah sampai karamel mula liat.



4.  Bila karamel dah mula suam, masukkan kelapa kering.  Gaulkan hingga sebati.




5.  Tuangkan atas karamel kelapa itu ke atas lapisan bawah tadi. Ratakan.  Bakar pada suhu 350F selama 20 minit atau sehingga lapisan bawahnya betul-betul masak.  Gunakan api bahagian bawah sahaja pada separuh masa akhir.



6.  Keluarkan dari oven dan biarkan ia betul-betul sejuk barulah dipotong.  



Untuk hiasan :
1.  Cairkan coklat dengan kaedah double-boiler.
2.  Celupkan bahagian bawah bars itu pada coklat dan biarkan ia keras di atas baking paper.  
3.  Kemudian dengan menggunakan piping bag ataupun sudu, lorekkan coklat di atas permukaan bars itu.



No comments:

Post a Comment