Friday, September 7, 2012

Kuih Jongkong @ Kuih Bongkok

Bahan A:
1 cawan tepung beras
2 st tepung ubi
5 cawan santan pekat
1st air kapur 
garam secukup rasa
daun pandan

Bahan B:
1 ketul gula melaka
daun pisang
lidi

1.  Campurkan semua bahan A dan gaul sehingga tidak 
     berbintil.  
2.  Kemudian dimasak di atas api sederhana sambil dikacau.  
     Proses ni mengambil masa agak lama, hampir 1 jam jugak. 
3.  Masak sehingga adunan nampak berkilat dan mula nampak 
     gelembung2 udara.  Tutup api dan biar sejuk.
4.  Gula melaka dihiris atau disagat.  
5.  Daun pisang dipotong lebihkurang 9-10".  
     Satu lagi dalam 3" untuk pembalut luarnya.  Kemudian dilap    
     dan dilayurkan atas api agar lembut ketika membungkus kuih. 
     Kalau dapat daun pisang satu pelepah, layur je dulu...lebih 
     senang.
6.  Ambil 1 sb adunan tadi dan diletakkan di tengah daun pisang.  
     Kemudian letak 1-2 sb gula melaka tadi.  Gula melaka tu biar 
     lebih baru sedap.
     Kemudian diambil 1-2 sb lagi adunan tadi dan diletakkan di 
     atas gula melaka tadi. 
7.  Bungkuskan kuih tu seperti di bawah.  Sematkan dengan 
     lidi lalu dikukus selama 20 minit.





No comments:

Post a Comment