Tuesday, March 6, 2012

Kuih Sagu Mata Ikan

Ada beberapa nama yang diberi pada kuih ni.
Kuih Sagu
Sagu Bronok 
Kuih Telur Katak
dan mungkin ada lagi yang lain


Untuk buat kuih sagu ni, air jangan banyak sangat nanti sagu tu akan jadi terlalu lembik.  Dan pada yang suka rasa sagu tu masih berbiji-biji, kurangkan masa mengukus.

1 cawan sagu biji/sagu mata ikan
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
pewarna merah
1 biji kelapa parut - putih sahaja digaul dengan garam

1.  Rendam sagu biji  dalam 20 minit tapi bergantung kepada jenis sagu juga.  Ada sagu yang rendam 5 minit pun dah kembang sangat. 

2.  Masak air yang lebih bersama gula pasir dan daun pandan hingga gula larut.

3.  Masukkan sagu yang direndam tadi ke dalam air gula tadi bersama sedikit pewarna merah.  Masaklah hingga likat dengan api perlahan sambil dikacau-kacau.


4.  Kemudian masukkan adunan itu dalam loyang atau acuan.  

5.  Kukus adunan itu selama 20 minit.



6.  Bila kuih sagu telah betul-betul sejuk, bolehlah dipotong dan disalutkan dengan kelapa parut.

Pengalaman aku menghidangkan apa saja kuih yang dibuat dari sagu biji, ada beragam pemakannya.  Ada yang suka bila sagu itu masaih rasa berbiji-biji.  Ada pulak yang kata lebih suka jika sagu biji tu masak rata jernihnya.



 

No comments:

Post a Comment