Thursday, September 29, 2011

Trip to Pulau Pangkor

Haahh!!! Isnin (26/9) aku terima sms.  
Aku kena juga pergi Pangkor, Rabu (28/9).  Urgent.    
Bukan pergi makan angin.
Urusan kerja.
Last minute planning, pergi dengan si Ina. 
Nasib baik husband dia bagi green light.
Kereta aku tak sempat nak tukar apa yang patut.
Nasib baik sekali lagi husband dia bagi aku drive kereta mereka.
Alhamdulillah.
Selalunya bukan senang orang nak bagi kita pakai kereta mereka.
Adik-beradik pun belum tentu lepas.
Alhamdulillah lagi, urusan kami berjalan lancar.
Lama tak naik bot. 
Kali terakhir aku naik bot pun masa aku kerja di Pandanusa Island Resort, Pulau Besar, Melaka.  

Agaknya adalah dalam lebih kurang 12 tahun lalu.














Sunday, September 25, 2011

Nasi Goreng Belacan



400 gm nasi sejuk
1 sb belacan
100 gm kobis bunga
5  biji fish ball
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji telur
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah dan belacan.  Tumbuk kasar-kasar aje.

2.  Panaskan minyak.  Tumis bahan tumbuk hingga garing. 


3.  Masuk fish ball, telur dan kobis bunga.  Biarkan telur masak seketika dan gaul rata.  

4.  Bila sayur dah masak, masuk nasi dan garam.  Gaul rata.  Tabur bawang goreng dan daun sadri.





Thursday, September 22, 2011

Mee Ladna


Lama betul aku tak masak.  Busy giler.  Rambut pun dah banyak gugur sebab hari-hari makan di luar.....selalunya kedai makan ni kan banyak gunakan ajinomoto.  Itulah penyebab utama rambut aku banyak gugur.  Tentang ni memang aku dah test.  Kalau aku hari-hari makan masakan sendiri yang tak letak ajinomoto memang ketaralah perbezaannya. 


Bukanlah aku nak kata kalau tak guna ajinomoto, rambut aku tak gugur langsung.  Tapi gugurnya memanglah sedikit aje. 

Hari ni aku dapat peluang balik awal sikit, jadi aku bercadang nak masak mee aje.  Ringkas.  Tapi mee apa?
Fikir-fikir apa kata aku masak mee ladna aje.  Mana asalnya mee ladna ni tak tahulah aku.  Ada sumber mengatakan ia berasal dari Thailand.  Iye ke?  Hmm...entahlah.  Mee ladna ni mesti ada seafood dan sayur-mayur.  Sedangkan aku tak masak selalu sekarang.  Membazir aje kalau beli sayur ni.   Akhirnya aku teringat di Ampang ada pasar malam hari ni.  Di pasar malam boleh beli sikit2 dan murah pulak tu.  Maka mee ladna lah makanan aku malam ni.


450 gm mee kuning
6 ekor udang
4 ekor sotong
4" carrot
100 gm bunga kobis
3 pokok sawi
1 biji cili merah - dihiris
1 pokok daun sup - dihiris

Bahan untuk sup :
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 sb serbuk lada hitam
1 sb sos tiram
1 sb tepung jagung + 4 sb air
beberapa titik fish sauce
1 cawan air atau air rebusan ayam
garam secukup rasa

1.  Masukkan sesudu minyak dalam kuali bersama mee kuning dan satu sudu besar sos tiram.  Gorengkan sekejap dalam 2-3 minit.  Ketepikan.



2.  Dalam kuali yang sama, panaskan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.  Masuk lada hitam dan tumis sekejap.



3.  Masukkan udang, sotong, air rebusan ayam, fish sauce, sos tiram, carrot, bunga kobis dan sawi.


4.  Bila mendidih, angkat dan siram atas mee.  Kemudian taburkan dengan daun sup dan cili merah yang telah dihiris.



Kalau nak masuk telur, pecahkan masa kuah tu hampir mendidih. 



Saturday, September 17, 2011

Gift kenduri kahwin

 
Baru-baru ni aku adalah menghadiri satu jemputan kahwin.   Seperti biasa setiap tetamu akan dibekalkan dengan gift berupa paper bag kecil.  Didalamnya terdapat sebiji cup cake, coklat dan buku yasin.  Memanglah ini semua biasa berlaku di mana-mana.  

Tetapi ada sesuatu yang aku nampak yang tak sepatutnya berlaku.  Tuan rumah adalah juga mengundang tetamu-tetamu bukan Islam.  Mereka itu juga dibekalkan dengan gift yang sama.  _&@#*&* aku nampak tetamu bukan Islam itu membuangkan buku Yasin itu semasa mereka hendak masuk ke dalam kereta.   

Kalau iye pun nak bagi buku Yasin, kenalah diasingkan gift untuk tetamu Islam dan bukan Islam.  Atau lebih baik jangan dijadikan buku Yasin tu sebagai gift.  

Ini adalah majlis yang kedua yang aku dapat gift mengandungi buku Yasin.  Macam satu trend pulak bagi buku Yasin sebagai gift.  
Kepada sesiapa yang terbaca coretan aku ini, beringat-ingatlah.  Masih banyak lagi benda yang boleh dibuat gift.




Friday, September 16, 2011

Bad female drivers


Talking Twin Babies - PART 2

Talking Twin Babies - PART 1

Nak gelak sekejap

Ilusi 3D




Ilusi Mata






Halal vs Haram

Dari fb Azlita Aziz

Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan - kawan, dan tolong tag rakan2 lain, saya x sempat nak tag:

by Hawa Lawa on Tuesday, August 16, 2011 at 5:08pm
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14.. Beehon Segera Siam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua jenis Jelly
19. Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
1.  BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2.  PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3.  MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4.  RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5.  SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6.  KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7.  TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.

Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Monday, September 12, 2011

Terima kasih pada Tuan Sabri

Aku amat-amat berterima kasih kepada Tuan Sabri kerana telah membantu aku menyelesaikan masalah aku.  Masalahnya adalah terlalu remeh tapi disebabkan ada pihak yang cuba memperlekehkan aku dan terus-terusan seperti cuba bermain api dengan aku yang bermula sejak bulan April hingga awal September ini yang telah membuatkan aku tidak mempunyai pilihan lain selain meminta pertolongan dari PDRM....

Jasa Tuan Sabri dan kakitangannya yang memberi kerjasama baik kepada aku akan aku ingat selamanya.  Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Sabri dari Balai Polis Batu 18 Hulu Langat.   

Photo dari utusan malaysia (google search)


Melihat dari cara beliau bercakap, aku andaikan beliau memang seorang yang berhemah bila berkata-kata.  Ada ketegasan disebalik kata-katanya yang bernada tenang.

Apapun, terima kasih pada anggota-anggota PDRM di Balai Polis Batu 18 ini yang memang telah banyak membantu aku semenjak aku tinggal di kawasan ini.