Monday, August 29, 2011

Terkini Bersama: Kebaikan Coke

sumber : Terkini Bersama: Kebaikan Coke

Kebaikan Coke


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .

Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.

Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu,

ps: tajuk di atas tu simbolik aje, kalau baik untuk cuci tandas dan buang karat, tuan-tuan fikirla sendiri baik ke untuk perut anda. Raya baru ini pergi open house tuan rumah jamu coke dengan KFC, KFC tu aku perasan la cuma coke tu dah masuk seteguk baru tahu..alamak, semenjak yahudi ceroboh palestin aku dah stop benda2 ni..pas tu nampak air soda..belasah soda aje la sampai kembung perut. nasib baik ada sate .tuan rumah tanya dah makan ke? Dah jawab aku. hee he ambik paper plate kotorkan sikit dengan cili sos (takut tuan rumah kecik ati lak)..

Sunday, August 28, 2011

Lailatulqadar

Didalam Surah Al-Qadr, ada 5 ayat yang Allah swt menerangkan tentang Lailatul Qadr. 
Di antara perkara yang perlu difaham berkenaan Lailatul Qadr ialah:
  1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr
  2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan
  3. Turun para malaikat dan Jibrail pada malam itu
  4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar
  5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten dan kyusyuk pada sebarang masa
  6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan dalam Al-Quran kecuali khabar-khabar angin semata. 
Menemui malam Lailatul  Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal atau kelainan kejadian pancaindera.  Hanya Allah swt yang mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut.  Tiada siapa yang sebenarnya mengetahui bilakah akan berlaku malam Lailatul Qadr. 

Diantara kejadian pelik yang merupakan tanda-tanda malam Lailatul Qadar yang tidak boleh dipercayai adalah seperti -“ air sungai berhenti mengalir, pokok sujud ke bumi, ufuk langit merah, bekunya air, perubahan cuaca pada waktu siang atau malam, dan lain-lain.   Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr barulah ia akan melakukan ibadah semaksima yang boleh. 

Memburu satu malam Lailatul Qadr memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti  ibadah dan usaha membersihkan hati secara ikhlas, jujur dan yang penting sekali konsisten.  Adapun orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri akan mengetahui bahawa malam itu ialah malam Lailatul Qadar. 

Ketemuan Lailatul Qadr memerlukan hati yang bersih.  Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah, apatah lagi kalau ada saki baki syirik.  Dan mana mungkin hati yang kotor itu dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa yang satu malam.  Hati mesti dibersihkan setiap hari sehingga akhir hayat melalui ibadah seperti solat taubat, zikir, puasa sunat dan sebagainya.  Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.  Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalam” sahaja, insha-Allah, kita tidak akan menemuinya. 

Para malaikat adalah makluk yang suci yang diutuskan oleh Allah swt.  Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadhan.  Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. 

Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadr.  Malaikat yang turun pada malam itu bukanlah malaikat-malaikat sebarangan , yang tinggi rankingnya misalnya Jibrail a.s.

Apa maksud saya “a moment of time” atau dalam bahasa melayu “untuk seketika waktu” merupakan masa yang sungguh pendek dalam tiga atau empat minit dimana itulah masa yang diberi oleh Allah swt kepada sesiapa yang dianugerahkanNya menemui malam Lailatul Qadr.  Pada masa yang sangat singkat itu lah sesaorang akan merasa seolah-olah dia berdepan dengan Allah swt.  Pada seketika waktu itulah sesaorang itu mohon doa pada Allah swt dan inshallah semua doa yang dipohon Allah swt akan mendengar.   

Pada waktu itu sesaorang itu akan dikelilingi, disentuh dan dipeluk oleh para-para malaikat.  Bila tubuh disentuh oleh para malaikat, seluruh tubuh akan menggeletar atau menggigil dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, penafasan akan menjadi sesak seolah-olah tubuh kita dipeluk sekuat-kuatnya, dan peluh sejuk akan mengalir tanpa disedari.  Masa itu kita perlu sujud untuk menghambakan diri pada Allah swt dan dalam sujud itu kita berdoa pada Allah swt.  Itu lah saat-saat yang sungguh indah dan tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan keindahan yang dirasai pada saat-saat itu.  Itulah tanda Lailatul Qadr dan ia akan dapat dirasai kepada sesiapa yang dipilih oleh Allah swt.

Sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadr, terdapat seorang atau sebilangan malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya.  Ini bermakna bermula pada malam itu sehingga hari-hari berikutnya, hidupnya makin terarah dan hidup mereka akan sentiasa dikawal oleh malaikat. 

Jika sebelum ini bisikan iblis dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadr, bisikan malaikat dan fitrahnya akan menang.  Hidupnya akan berubah menjadi baik, inshaAllah.  Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi lebih sensitif dan susah hati mengenangkan dosa.  Allah swt izinkan malaikat menjadi pelindung, pembimbing dan pengawal bagi mereka.   Inilah tandanya atau ciri-ciri orang yang mendapat Lailatul Qadr.   

Rugilah orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadr barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya.  Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan dan mengabaikan serta sembil lewa pada 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan.  Tidak salah menambah pecutan di sepuluh malam terakhir tetapi momentumnya perlu bermula lebih awal. 

Imam Hassan Al Basri berkata, “jadilah kamu hamba Allah yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana, dan jangan menjadi hamba Ramadhan iaitu yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja. 

Lailatul Qadr itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak awal-awal lagi, hati dan nurani terus terusan dibersihkan setiap hari, hingga saatnya layak menjadi wadah tempat bertemunya para malaikat.  Dan bila itu berlaku, bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya.

InshaAllah.
Hj. Lokman (source)

Saturday, August 27, 2011

Teh Pudina



Sayang pulak tengok daun pudina yang ada lebih tu.  Tak tau nak buat apa.  Akhirnya aku buat je teh pudina.  Hmm...segar dan berangin tapi macam makan ubat gigi..hehehe.


1 liter air panas mendidih
1 uncang teh
4 sb gula pasir
20 helai daun pudina

1.  Masukkan uncang teh dan daun pudina ke dalam air panas.  Rendam kira-kira 10 minit bagi mendapatkan rasa pudina itu.


2.  Tapis dan masuk gula.  Kacau hingga gula larut.

Boleh saja ditambah madu atau jus limau jika suka.



Kerabu Tomato



5 biji tomato
2 batang serai - bahagian putih sahaja
1/2 biji bawang besar
sedikit ikan bilis goreng
1 pokok daun ketumbar/2 helai daun pudina
2 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa


1.  Tomato dibuang empulurnya dan dihiris.



2.  Bawang besar dan serai dihiris.
3.  Daun ketumbar ataun daun pudina juga dihiris.
4.  Limau kasturi diambil jusnya.
5.  Campurkan semua bahan dan digaul rata.



Kalau nak pedas, hiriskan 1 biji cili padi hijau.



Thursday, August 25, 2011

Nasi Pudina dan Kari Telur Dadar




Bahan untuk Nasi :
2 cawan beras basmathi
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2" halia - hiris
3 cawan santan cair 
20 helai daun pudina - dihiris



1.  Tumis bahan hiris hingga naik bau.
2.  Masukkan beras, santan dan garam.  Biar mendidih.
3.  Apabila nasi masak, masukkan daun pudina dan gaulkan.  Tutup periuk nasi agar bau pudina itu naik baunya. 




Kari Telur Dadar
2 biji telur
1 mangkuk santan
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2" halia - tumbuk
2 sb rempah kari
2 sb udang kering -ditumbuk
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Pukul telur bersama garam dan lada sulah.  Kemudian telur itu didadar dan digulung.  Dipotong dalam 2" dan atur dalam pinggan.

2.  Kemudian tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

3.  Masuk rempah kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.

4.  Lepas itu masuk santan dan garam.  Biar mendidih.  Kemudian tuangkan kari itu dalam pinggan yang mengandungi telur dadar tadi.  




Peria Goreng Telur




1 biji buah peria
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
1 sb udang kering
1 biji cili merah
2 biji telur
garam secukup rasa




1. Peria dipotong nipis dan direndam sekejap dalam air garam. Bawang besar, bawang putih dan udang kering ditumbuk kasar. 
Cili merah dihiris.



2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan udang kering  hingga kekuningan.



3. Masukkan peria dan pecahkan telur.



4. Gaul rata telur bersama peria tadi.








Sirap Madu Tiga


Minuman yang sedap dan nyaman aje masuk ke tekak.  Rasa masam-masam manis.


1 liter air
10 biji asam boi merah 
100 gm gula batu
1/4 st pewarna merah
4 biji limau kasturi

1.  Masuk air, asam boi, gula batu dan pewarna merah ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih dan asam boi dah kembang.



2.  Masukkan sirap yang sudah dimasak itu ke dalam jag.  Perahkan jus limau kasturi.  Sejukkan dalam peti ais atau masukkan ketulan ais.  




Wednesday, August 24, 2011

Kuih Buah Rotan



500 gm tepung pulut
1/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan (anggaran)
2 cawan bijan putih
1 biji telur
1 liter minyak untuk menggoreng


1. Telur dipukul sedikit.


2. Masukkan dalam santan dan gula pasir.  Gaulkan hingga sebati.


3. Tuangkan adunan santan itu ke dalam tepung pulut sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Kemudian dibulat-bulatkan doh itu kecil-kecil.  Bebola doh itu janganlah besar sangat sebab ia akan mengembang bila digoreng. Bebola kecil itu digolekkan ke dalam bekas yang mengandungi bijan.



5. Bila semua dah siap, panaskan minyak dengan api kecil dan masukkan bebola itu.  Pastikan minyak jangan terlalu panas.


6.  Masa menggoreng bebola kuih itu akan terapung di permukaan minyak dan teruslah digoreng lagi hingga garing kekuningan.


Tips :  Ada ketika kuih ini akan meletus-letus sikit dan pecah.  Aku pernah mengalami perkara ini.  Kuih jadi tak cantik.  Jadi bila kuih yang belum masak itu mula terapung dalam 2 minit, aku keluarkan dan masukkan dalam penapis.  Aku buat sampai habis.  


Lepas itu barulah aku masukkan semula kuih itu ke dalam kuali dan digoreng sampai garing kekuningan.  Buatlah sampai habis. Insyaallah, tak meletus dan pecah pun.


7.  Bila dah garing kekuningan, toskan dan biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.




Sambal Belacan



10 biji cili merah
3 sb belacan bakar
2 biji limau kasturi
garam secukup rasa

1.  Potong cili merah kecil-kecil dan tumbuk bersama belacan. Lebih sedap kalau tak terlalu halus.  Bila cili berkeping-keping sedikit tu memang sedap bila tergigit.  Boleh juga dicampurkan cili padi kalau nak lebih pedas.



2.  Kemudian masukkan garam dan jus limau.  Gaul hingga sebati.





Masak Lemak Jantung Pisang



1 biji jantung pisang
2 sb udang kering - ditumbuk
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 biji limau nipis - diambil jusnya


1. Jantung pisang dibuang kulit luarannya, buang empulurnya dan dihiris. Kemudian direndam dalam air garam supaya jantung pisang itu tak lebam.

2. Kemudian jantung pisang yang telah dihiris itu direbus hingga empuk.  Lepas tu toskannya.




3. Masukkan semua bahan tumbuk tadi bersama santan cair ke dalam periuk. Biar mendidih sambil dikacau selalu.

4. Barulah dimasukkan jantung pisang yang direbus tadi bersama santan pekat.

5. Masuk garam dan dikacau selalu hingga mendidih lagi. Masukkan jus limau dan angkat.

Sedap dimakan bersama sambal belacan atau sambal goreng.  Aku buat sambal belacan aje.



Tuesday, August 23, 2011

Kerabu Kedondong


Kerabu Kedondong.  Sedap. 
Lemak kedondong bercampur dengan rasa masam jus limau.
Ditambah sengatan hirisan cili padi.
Aku suka..
Kedondong ni bila dah hiris macam ni, dah tak masam sangat.


10 biji kedondong
3 batang serai 
3 biji cili padi
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji limau kasturi
1/4 cawan ikan bilis goreng
garam dan gula secukup rasa



1.  Kedondong dihiris memanjang.  


2.  Serai, cili padi dan bawang besar dihiris.  Cili merah dicincang.  Limau kasturi diperah ambil jusnya.


2.  Campurkan semua bahan dan digaul rata.  



Thursday, August 18, 2011

Tart Nenas Buah Epal




250 gm planta
75 gm gula halus
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 biji telur
1 biji kuning telur untuk sapu
pewarna merah dan hijau

1.  Pukul gula dan planta hingga kembang.
2.  Masuk telur dan pukul rata.
3.  Masuk tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
4.  Bahagi doh kepada 2 bahagian.  Titikkan pewarna setiap satu bahagian tapi jangan diuli rata.  
5.  Bulat-bulatkan doh itu.  Besarnya ikut suka.  Leperkan dan masukkan inti jem nenas.  Bulat-bulatkan semula.  Tekan sedikit atasnya dengan hujung jari supaya berlekuk sedikit dan cucukkan dengan bunga cengkih.
6.  Sapukan kuning telur yang telah dipukul sedikit di atas permukaan biskut.  Bakar biskut pada suhu 160c selama 15 minit.





Bahan untuk jem nenas :
500 gm nenas - diparut
100 gm gula pasir
sedikit serbuk kayu manis
secubit garam

Masukkan semua dalam kuali dan dimasak hingga kering.  Sejukkan dan bulat kecil.




Kucai Bunga Goreng dengan Tauhu/Tofu Telur




100 gm kucai bunga / kucai Inggeris
1 tube/130 gm tauhu atau tofu telur
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 sb air
4 sb minyak 
garam secukup rasa

1.  Kucai bunga dipotong dalam 2" panjang.  Bahagian yang bawah yang agak keras tu dibuang aje.  Bawang putih dicincang.


2.  Tauhu telur dipotong 1" tebal.  Siram sikit dengan air dan toskan sekejap.

3.  Panaskan minyak dan goreng tauhu telur hingga betul-betul garing kekuningan seluruh tauhu itu.  Rangup di luar dan lembut aje isi di dalamnya.   Ketepikan.



4.  Tumis bawang putih dan cili merah hingga bawang putih kekuningan.

5.  Masukkan sayur kucai dan air.  Kuatkan sikit api dan gorengkan sayur tu.  Akhir sekali masuk garam.

6.  Bila sayur dah masak, masukkan ke dalam pinggan berisi tauhu telur yang digoreng tadi.