Wednesday, March 30, 2011

Cencaru Masak Sambal



2 ekor ikan cencaru
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar - hiris
1 sb asam jawa
1 cawan air
1 st serbuk kunyit
1 cawan minyak masak
garam secukupnya

Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 st belacan

1.  Ikan digaram-kunyit dan digoreng hingga garing.  Ketepikan.



2.  Lebihan minyak menggoreng ikan tadi ditumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.

3.  Lepas itu masukkan cili kisar.  Tumis hingga garing dan pecah minyak.

4.  Ramaskan asam jawa dengan air tadi dan tapiskan ke dalam sambal tadi.  Masuk sekali bawang besar hiris.  Masak lagi hingga mendidih dan pecah minyak.



5.  Masuk garam dan biar ia agak pekat sedikit.  Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi.  Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.





Tuesday, March 29, 2011

Masak Lemak Tauge




200 gm tauge
2 keping tauhu putih - dipotong 4@
1 batang carrot - dipotong ikut suka
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping perut tauhu (tak ada pun tak apa) - rendam dulu biar kembang
sedikit suun (tak ada pun tak apa) - rendam dulu biar kembang
1 st garam

Bahan ditumbuk kasar :
2 sb udang kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

1.  Masuk bahan tumbuk, carrot, tauhu dan santan cair ke dalam periuk.  Biarkan mendidih sambil dikacau.

2.  Kemudian masukkan santan pekat, suun, tauge dan garam.  Didihkan sekali lagi.  Tutup api.






Monday, March 28, 2011

Biskut Marble Coklat



2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan planta
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
1 st esen vanila
1/4 st garam
3 sb serbuk koko

1.  Ayak tepung gandum dan garam.  Ketepikan.

2.  Pukul marjerin dan gula hingga kembang.



3.  Masukkan telur serta esen vanila.  Pukul lagi hingga sebati.



4.  Akhir sekali masukkan tepung tadi dan diuli hingga sebati.

5.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan diuli hingga sebati.

6.  Bentukkan setiap doh itu menjadi blok memanjang.  Cantumkan dan dipotong 2.  Lapiskan menjadi 4 lapisan macam buat biskut lapis.  Kalau lapisan tu senget-senget, tak apa.  



7.  Potongkan dan bulat-bulatkan.  Kemudian tekankan di tapak tangan supaya leper sedikit.

8.  Susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan marjerin.  

9.  Bakar 165C selama 10 minit.




Sunday, March 27, 2011

Timun Goreng


Aku pernah jumpa masakan ni di satu fotopage dulu,
tak ingatlah pulak sape punya.
 Sedap rupanye timun ni dibuat sayur goreng selain 
dibuat ulam aje.



1 biji timun
2 sb geragau kering
2 biji cili merah - ditumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 st minyak untuk menumis
garam secukup rasa


1.  Potong timun ikut suka.



2.  Tumis segala bahan tumbuk hingga garing.



3.  Masuk timun dan garam.  Gaul rata timun dan bahan tumis. Masak sekejap aje dengan api kuat.  Janganlah timun tu terlalu lembik.






Rassam Ikan Masin




Pada pandangan aku lah kan,  orang yang suka makan Kuah Pindang mesti suka makan kuah ni....
Sibola-bola aku kata dia tak suka kuah ni sebab dia pun 
tak suka Kuah Pindang. 
 Tak silap mataku nasi dia habis sepinggan, licin.

Tak pernah aku makan Rassam ni sebenarnya.  Masa sorang kawan aku cakap-cakap pasal rassam ni, terkecur gak aku nak cuba masakan ni.

Bila cari-cari resipi rassam ni, banyak pulak resipi yang berlainan.  Bahan-bahan asas tu samalah, cuma yang tambah-tambah tu.
Akhirnya, aku gunakan aje bahan-bahan yang ada.

2 keping tulang ikan kurau/talang masin
3 tangkai cili kering - dipotong-potong
1 biji tomato - dibelah 4
2 bawang putih - diketuk asal pecah
1 bawang besar - dihiris
1 st biji sawi
1 sb asam jawa  
2 cawan air
1 keping asam-keping
2 tangkai daun kari
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1 st serbuk kunyit

Bahan tumbuk/kisar :
5 bawang merah
2 bawang putih
1 sb jintan manis
1 st lada hitam
1" halia

1.  Tumis bahan tumbuk/kisar tadi hingga wangi bersama daun kari
dan biji sawi.

2.  Masuk cili kering potong tadi, serbuk kunyit, air asam jawa (asam jawa yang dibancuh dengan 2 cawan air tadi).

3.  Masuk air asam dan masak lagi hingga mendidih.

4.  Kemudian masuk ikan masin, tomato, bawang besar, bawang putih, garam dan asam keping.

5.  Akhir sekali taburkan dengan daun ketumbar.

Menurut rakan india aku, bawang putih tu tak perlu buang kulit tapi mulalah aku terbayang kot-kot bawang tu tergolek jatuh di lantai masa kat pasar.  Tu yang aku buang kulitnya...tapi kalau makan kat kedai tak pulak terfikir benda-benda tu...TAWAKKAL.




Saturday, March 26, 2011

Cekodok Pisang




Tak tahu apa nak buat ...hujan-hujan ni rasa lapar je memanjang.  Suzana pulak bawa balik 1 tandan pisang dari kampung.  Lepas bagi kat kawan-kawan masih ada lagi, jadi aku buatlah cekodok pisang. Dah lama betul tak makan cekodok pisang homemade.

Buat cekodok pisang ni gunakan pisang apa pun boleh asalkan yang manis.  Dapat yang masak ranum lagi bagus, bolehlah dikurangkan gula sebab pisang yang masak ranum dah cukup manis.

10 biji pisang emas/embun
1/2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
3 sb gula pasir
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Lenyek pisang hingga hancur.

2.  Masuk tepung, baking powder, gula dan garam.  Kuantiti tepung boleh ditambah jika perlu bergantung pada kuantiti pisang.  Jika kurang tepung, cekodok akan melekat dan berbentuk macam batu karang pulak.



3.  Panaskan minyak dan jemputkan sedikit adunan cekodok dengan hujung jari ke dalam minyak panas.

4.  Goreng hingga garing.  Toskan.






Bubur Kacang Hijau






300 gm kacang hijau
3/4 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 biji kelapa 
2" halia - diketuk
2 helai daun pandan
sedikit garam

1.   Rebus kacang hijau bersama daun pandan dan air hingga kacang lembut dan kembang.  Kacau-kacaukan semasa merebus supaya kacang tak hangus atau berkerak di bahagian bawah.


2.   Kelapa diperah dengan satu cawan air sebagai santan pekat dan satu cawan air lagi diperah sebagai santan cair.  


Masuk santan cair, gula merah dan gula pasir.  Masak hingga gula larut sambil dikacau-kacau.    



3.   Bila mendidih, masuk santan pekat, halia dan garam sambil dikacau-kacau lagi hingga mendidih dan pekat.


Penggunaan halia menambahkan rasa dan baunya.  Arwah mak aku dulu suka pecahkan telur sebiji dan dikacau secara berputar sampai telur tu jadi bertali.




Bubur kacang hijau ni sedap dimakan semasa masih panas atau sejukkan dulu dalam peti ais.

Friday, March 25, 2011

Roti Canai


Percubaan kedua aku buat roti canai ni menjadi akhirnya.  Lembut dan nampak helaian nipisnya di bahagian dalam.  Garing di luar....itulah kegemaran aku.  Kalau tak nak garing, jangan goreng lama sangat.  Cukuplah tu asal dah masak tepungnya.


Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sb susu pekat
1/2 cawan air 
garam secukup rasa
marjerin secukupnya

1.  Gaul tepung dan garam.


2.  Masuk telur.  Gaul dan ramas.


3.  Masuk susu.  Gaul lagi.

4.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut.


5.  Bahagi adunan kepada 6 biji dan lumurkan dengan marjerin.  Tutup bekas doh itu dan biarkan doh itu 1-2 jam atau semalaman.  Boleh simpan dalam peti ais.



6.  Ambil dulang dan canai doh itu.  Tarik-tarikkan doh itu supaya nipis.  Kalau terkoyak sedikit tak apa.  Lepas itu jadikan doh itu memanjang dan gulung doh itu.  Kemudian ditekan-tekan doh itu hingga leper sedikit.  



7.  Letak dalam 1 sb minyak dalam kuali dan masak roti canai itu hingga kekuningan.  



Laksamana Sunan

Lepas ni kan best kalau ada yang dapat buat filem cerita tentang Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid.  

Cerita dalam novel ni memang best.  Novel bersiri.

Komen Hikayat Merong Mahawangsa

Bestnya bila dengar KRU buat filem Hikayat Merong Mahawangsa.  Memang best tengok cerita sejarah ni.  Aku pun pergilah tengok semalam di Mid Valley.


Tapi alahai....kenapalah KRU letak tajuk HIKAYAT Merong Mahawangsa?  Aku sangkakan filem ni mestilah betul-betul kisah sejarah, hikayat yang boleh ditonton oleh generasi sekarang dan akan datang.  Maksud aku, aku ingatkan jalan ceritanya mengikut kisah yang betul-betul tercatit di dalam sejarah negara.  Tapi hampesss.


Yang aku baca kisah sejarahlah kan ....geruda itu adalah burung geruda/garuda.  Nak tengok juga gambaran kawasan tersebut di serang geruda dan cara-cara Merong Mahawangsa membunuh geruda/garuda tu.  Dan nak juga tengok gambaran Merong Mahawangsa dibesarkan dan kisah-kisahnya yang lain termasuklah bagaimana LANGKASUKA dibuka.

Rupanya cerita ni lebih kepada perkahwinan dua benua dan geruda itu digambarkan sebagai manusia yang ganas dan kejam.   Alangkah baiknya jika KRU dapat buat filem yang betul-betul kisah sejarah seperti filem Bukit Kepong.

Tapi apa nak buat...siapalah aku ni.... Bukan orang filem dan bukan pengkaji sejarah.  Tapi aku adalah penonton yang ingin melihat kisah-kisah sejarah negara kita.  Seperti komen anak-anak kawan aku...mereka confius.....sebab tidak seperti dalam buku sejarah..

Filem ni boleh dikatakan gimik Merong Mahawangsa lahhhh.  Kecewa betullah akuuuuuu.  Memanglah aku tabik kat KRU ni sampai sanggup keluar duit banyak, terpaksa perah otak, tenaga nak buat filem ni  tapi aku sebagai penonton memang tak boleh lari dari rasa kecewa lah....
Dan memang biasalah juga dalam filem kena ada tokok-tambah untuk menyedapkan cerita tapi ini dah macam bertukar fakta.
Aksi-aksi dalam filem memang bertenaga tapi plotnya tidak sesempurna tajuknya.....kerana perkataan HIKAYAT yang digunakan.  Tapi bab-bab pembikinan filem memang BEST.

Apapun tidak dinafikan KRU ni memang kreatif.  Harap akan datang boleh buat lagi kisah sejarah tapi biarlah yang mengikut fakta yang disahkan oleh pengkaji-pengkaji sejarah.  Janganlah kecewa dengan komen-komen orang-orang yang macam aku ni yang tak suka fakta sejarah diubah.

Sebelum habis melepaskan kekecewaan aku di sini, nak cakap sikit lagi, sikit je...... semasa ratusan anak panah berterbangan di udara menikam orang-orang yang berlawan,  tak ada satu anak panah pun yang terkena kemah-kemah putih yang tersusun cantik tu.  Kemah tu kalis anak panah kot.....ADVANCE.
Atau, mata aku kot yang dah berpinar-pinar tengok adengan PERANG tu, tu yang nampak kemah tu tak tercacat pun.

Thursday, March 24, 2011

Cara aku menggoreng ikan pekasam




Mula-mula aku goreng ikan itu dulu.  Ikan tu dibasuh dulu 
pun boleh.  Gorengkan sekali dengan berasnya hingga garing.


Lepas tu aku gorengkan bawang besar yang dihiris bersama cili padi.  Boleh juga gunakan cili kering yang dipotong-potong.

Kemudian tabur atas ikan yang dah digoreng tadi.





Kari Kacang Dhal



Arwah mak aku dulu selalu jugalah masak kari dhal macam ni.  Sedap kalau dimakan dengan sambal goreng atau sambal belacan ke.  Lawankan juga dengan ikan masin.  Tapi hari ini aku makan dengan sambal belacan cili padi dan ikan pekasam goreng.

300 gm kacang dhal gram
3 sb rempah kari
1 biji kelapa parut
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 helai daun kari
1 sb asam jawa
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb udang kering 
1" halia
1" lengkuas
1 st belacan



1.  Kacang dhal direbus dengan sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang.  Kemudian toskan dan buangkan kulit kayu manis dan bunga lawang tadi.

Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.



2.  Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga bersama bahan tumbuk hingga garing.



3.  Masuk rempah kari dan daun kari.  Tumis lagi.  Bila rempah dah hampir garing, masuk santan cair dan air asam jawa. Biarkan hingga mendidih.  

.
Asam jawa yang telah diperah dengan sedikit air

4.  Kemudian masukkan santan pekat dan garam.  Masak lagi hingga ia mendidih sambil dikacau-kacau.




Tuesday, March 22, 2011

Wadeh


Puas hati aku kali ni buat wadeh menjadi.
Aku pernah buat dulu tapi hancusss.
Sebabnya aku rebus kacang dhal tu supaya cepat lembut kononnya.
Jadi bila digoreng, jadi cair dalam minyak, tinggal hampas aje.
Mulanya aku ingat mungkin tak boleh guna kaedah goreng terendam.

Dan aku ada bertanya pada Kak Intan  macamana dia goreng.
Kak Intan kata dia goreng terendam juga tapi menjadi.
So, kali ni aku rendam aje kacang dhal tu....dan
barulah puas hati aku dapat makan wadeh buatan sendiri.

Bahan-bahannya :
300 gm kacang dhal gram
1/2 biji bawang besar 
4 biji cili padi - hiris
1 sb jintan manis - tumbuk kasar
2"  halia - tumbuk halus
1 tangkai daun kari - hiris kasar
garam

1.  Kacang dhal direndam semalaman.  Kemudian ditumbuk tapi jangan sampai terlalu halus.  Kalau nak kisar, gunakan pengisar kering tapi jangan terlalu hancur.



2.  Gaulkan dhal yang telah ditumbuk tadi bersama bawang besar, cili padi, cili kering, jintan putih, halia, daun kari dan garam.  Gaul sampai rata dan sebati.



3.  Kemudian dikepal-kepalkan dan digoreng dengan minyak yang banyak.



Monday, March 21, 2011

Nasi Ayam Hijau



Sudah 2 kali aku masak nasi ni.  Memang sedap.  Resipi yang ditulis oleh ayu898 ini juga mudah diikuti.  

Pes untuk nasi ayam :
3 pokok daun sup
4 ulas bawang putih
6 sb minyak zaitun
garam secukup rasa

Kisar semua bahan ini tapi jangan terlalu halus.  Jika perlu masukkan sedikit air sekadar untuk blender berfungsi.  Bahagikan pes hijau ini kepada 3 bahagian.  

Bahan untuk nasi :
2 cawan beras
2 ketul ayam
2 sb kicap pekat

1.  Tanggalkan kulit ayam untuk digunakan bagi memasak nasi.  Satu bahagian pes hijau dilumurkan pada ayam dan perapkan dalam 1/2 jam.  Kemudian panggang ayam itu.

2.  Panaskan periuk nasi dan masukkan kulit ayam.  Masak hingga keluar minyaknya dan kulit ayam berwarna perang.  

3.  Kemudian masukkan beras dan air secukupnya.  Masak hingga nasi masak.  

4.  Setelah itu gaulkan satu bahagian pes hijau tadi ke dalam nasi dan gaul menggunakan garfu.


Bahan untuk sambal :
1/2 cawan cili padi
1 st belacan
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa


1.  Tumbuk cili padi, belacan, bawang putih, garam dan gula hingga lumat.

2.  Kemudian perahkan jus limau nipis dan 1 sudu makan minyak zaitun.  Masakkan sambal itu atas api sederhana selama 5 minit.


Bahan sampingan :
1 biji tomato
1 biji timun
1 pokok salad

Untuk menghidang, sendukkan nasi, atur sayur-sayuran dan sambal ke dalam pinggan serta ayam. Untuk setiap ketul ayam, sapukan baki pes hijau ke atasnya, beserta 1 sudu makan kicap pekat.