Thursday, November 17, 2011

Sawi Putih Masak Lemak Putih



3 pokok sawi putih
2 keping tauhu - belah 4
1 biji kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 sb udang kering
1 biji cili merah
garam

1.  Kelapa parut diperah ambil santan pekat dan santan cair.
2.  Bawang merah, bawang putih dan udang kering ditumbuk.
3.  Masukkan santan cair, sawi, tauhu dan bahan tumbuk
     ke dalam periuk.  Didihkan sambil dikacau.
4.  Masukkan pula santan pekat dan garam.
5.  Kacau-kacau selalu sampai mendidih , jangan sampai
     pecah minyak.
6.  Taburkan cili merah hiris.
    
Makan dengan sambal belacan.



No comments:

Post a Comment